Saturday, May 28, 2011

Program Memperingati Nakbah di Adelaide

21 Mei, ADELAIDE - Alhamdulillah usaha menyebarluaskan kefahaman terhadap isu Palestin semakin bersemarak.

Kira-kira 50 pelajar-pelajar Malaysia di Adelaide, Australia telah menghadiri Program Bersamamu Palestin sempena memperingati Nakbah Palestin ke-63.

Program dihidangkan dengan kupasan tajuk Palestine-Israel: A Christian Response to the Conflict yang disampaikan oleh Mr Craig Nielsen, seorang Kristian dan aktivis keamanan Action for Palestine. Sesi seterusnya tayangan promo kempen Kilang Roti Gaza dan diikuti oleh perkongsian Memperingati Nakbah ke-63 oleh saudara Safwan Saparudin, felo penyelidik Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) dan aktivis Aqsa Syarif.

Turut hadir adalah saudara Syazwan Irfan, Pengarah Misi Kasih Palestin (cawangan Australia), Prof Madya Dr. Azarisman Mohd Shah, Presiden Persatuan Pelajar Pasca-
Siswazah South Australia (MYPSA) dan saudara Ahmad Sayuti Bashiron, AJK MYPSA.



Program diakhiri dengan doa Rabitah dan nyanyian lagu tema 'Bebas Palestin'. Semoga usaha-usaha kesedaran ini terus bersemarak di negara-negara lain, insha Allah!